1.0 OBJEKTIF
AM
● Mengetahui permasalahan yang berlaku dalam
teknologi pembinaan di Malaysia
OBJEKTIF KHUSUS
● Pengenalan Industri pembinaan
● Kebaikan dan keburukan teknologi pembinaan menggunakan
sistem IBS
● Permasalahan teknologi pembinaan
menggunakan sistem IBS
● Kelebihan dan kekurangan Critical Path Method (CPM)
● Permasalahan penggunaan teknologi pembinaan
● Penyelesaian masalah dalam teknologi
pembinaan
2.0 PENGENALAAN
KEPADA TAJUK/ TOPIK
Industri pembinaan negara telah mengalami
perubahan berikutan penggunaan teknologi masa kini yang secara tidak langsung
meningkatkan tahap kualiti dan keselamatan sebuah bangunan tersebut. Sektor
pembinaan adalah penyumbang utama kepada
pembangunan ekonomi Negara. Kepentingan industri binaan ini dapat dilihat
dengan jelas melalui penglibatan pembinaan dalam pelbagai industri serta
meliputi pelbagai bidang. Industri
binaan bukan hanya tertumpu kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga
fasa-fasa pra pembinaan dan pasca pembinaan
Terdapat beberapa pihak yang terlibat
secara langsung dengan industri pembinaan. Di antaranya adalah klien,
perunding, kontraktor, pembekal dan pihak berkuasa tempatan. Kebanyakan projek
pembinaan amat bergantung kepada kontraktor yang terlibat. Walaupun kontraktor
merupakan pihak yang terpenting namun kontraktor juga yang menjadi punca
sesuatu projek bermasalah. Penglibatan kontraktor amat penting dalam sesuatu
projek pembinaan. Kejayaan sesuatu projek pembinaan bergantung kepada kecekapan
kontraktor menguruskan segala aspek kerja-kerja pembinaan. Kebanyakan masalah
yang dihadapi oleh kontraktor berpunca daripada pengurusan projek yang lemah.
Aspek pengurusan yang terlibat ialah pengurusan sumber bahan, kos, buruh, masa dan
jentera (Rafsyamir,2014)
Selalunya,
di dalam sektor ini terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan
penggunaan teknologi dalam pembinaan. Banyak projek pembinaan di Malaysia
menghadapi masalah akibat daripada kelemahan penggunaan teknologi dalam
pembinaan.Masalah yang paling umum adalah masalah projek tidak dapat disiapkan
sepertimana yang telah dirancang. Jadi adalah penting untuk kita mengurangkan
masalah kelemahan penggunaan teknologi dalam pembinaan.

3.0 Sistem
Binaan Berindustri (IBS)
Walaupun teknologi pembinaan banyak
diperkenalkan pada peringkat global, tetapi tahap pembinaan di Malaysia ia
masih lagi berada pada tahap mengunakan kaedah konvensional berbanding kaedah
Sistem Binaan Berindustri (IBS). IBS merujuk kepada satu teknik pembinaan di mana komponen dikilangkan
dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di dalam atau di luar tapak, yang
diletak dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.
IBS dikatakan telah diperkenalkan dalam
industri pembinaan di negara kita seawal tahun 1960-an lagi di mana ia dapat
dilihat dengan terbinanya rumah-rumah pangsa serta beberapa unit rumah kedai di
Jalan Pekeliling KL dan Jalan Rifle Range Pulau Pinang. Kini, penggunaan IBS
masih lagi berada dalam skala kecil atau tertumpu kepada kerja-kerja khusus
seperti pembinaan jambatan dan terowong.
Terdapat beberapa halangan dan permasalahan
dalam teknologi pembinaan di Malaysia. Permasalahan yang berlaku disebabkan
oleh beberapa faktor yang masih lagi tidak dapat ditangani dan ia membuatkan penggunaan
teknologi seperti IBS ini kurang popular digunakan dalam sektor industri
pembinaan.

Rajah 1: Sistem Binaan Berindustri (IBS)
IBS
adalah satu proses yang
menggabungkan pra-fabrikasi dan pra-pemasangan untuk menghasilkan unit atau
modul dan kemudiannya diangkut ke tapak atau kedudukannya untuk membentuk kerja
tetap. Antara faktor mendorong penghasilan IBS ialah:
● Kekurangan tenaga mahir
● Galakan dari kerajaan dan industri
● Perubahan dalam peraturan-peraturan
bangunan
● Tekanan pelanggan untuk mendapatkan
bangunan yang lebih baik
● Kepantasan penyiapan projek
3.1 Kelebihan
IBS
●
Menghasilkan produk berkualiti tinggi dan sisa yang
minimum, dengan persekitaran kerja kilang yang lebih mudah dikawal.
●
Tidak memerlukan sokongan kayu
konvensional dan mengurangkan bahan sokongan, dengan menggunakan elemen
pemasangan lengkap atau sistem sokongan untuk proses penuangan di tapak.
●
Menghasilkan platfom kerja yang lebih kuat dan selamat dengan elemen pemasangan
lengkap.
●
Kerja siap lebih cepat dengan penggunaan
komponen prapasang untuk menggantikan penuangan di tapak.
●
Tapak bina lebih selamat, bersih dan
teratur dengan pengurangan jumlah sisa, serta bilangan pekerja di tapak bina
dan bahan pembinaan prapasang yang sedikit.
●
Jumlah kos pembinaan lebih murah secara
keseluruhannya berdasarkan semua faktor di atas.
●
Pengawalan
keadaan kerja
●
Dilakukan
oleh tenaga mahir
●
Kualiti
bahan dalam kawalan
●
Penghasilan
produk berinnovatif
●
Memperbaiki
kawalan kos dan belanjawan
●
Mengekalkan
standard kualiti
●
Memberi
jaminan
●
Meningkatkan
keselamatan dan bekerja dalam keadaan selamat.
●
Menggurangkan
ganggu kepada bangunan berhampiran.
3.2 Kelemahan
IBS
● Kurang tenaga pakar
Pengguna teknologi IBS ini sangat
memerlukan tenaga yang mahir untuk mengendalikannya kerana IBS bukan sahaja
melibatkan proses pembuatan struktur itu sahaja, ia juga melibatkan tenaga
pakar dalam kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pemindahan struktur IBS tersebut. Kekurangan
pendedahan mengenai teknologi ini membuatkan kepentingan teknologi tersebut
dipandang enteng oleh sesetengah pemaju dan syarikat pembinaan yang ada.
● Kos yang tinggi
Apabila melihat penggunaan teknologi IBS
ini sangat memerlukan tenaga pakar, Malaysia terpaksa mengambil tenaga pakar
tersebut dari luar negara untuk mengendalikan sistem berteknologi tinggi ini
kerana mereka lebih cekap dan mahir. Jadi, kos pembinaannya menjadi tinggi.
Faktor ini juga boleh dikaitkan dari segi kos pengangkutan bahan IBS tersebut
untuk dibawa ke lokasi tapak pembinaan. Jentera berat perlu digunakan bagi membawa
dan memasang komponen - komponen tersebut dan ia belum lagi diambil kira jarak
perjalanan ke tapak bina tambahan pula ia dibawa ke kawasan pendalaman.
● Bahan kurang berkualiti
Pengeluaran komponen IBS masih lagi proprietary dan tidak standard, menyebabkan harga komponen itu
tidak dapat dikawal. Pengawalan kualiti di kalangan pengeluar kecil IBS yang
lemah menyebabkan struktur-struktur yang dibina melalui IBS ini tidak kuat dan
mudah rosak. Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya kerugian yang besar
kerana jangka hayat bangunan tersebut menjadi pendek.
4.0 Critical
Path Method (CPM)
CPM adalah salah satu daripada beberapa
teknik yang berkaitan untuk melakukan perancangan projek. Ia juga merupakan
salah satu cabang teknologi binaan. CPM sangat sesuai kepada projek-projek yang
terdiri daripada pelbagai aktiviti yang berinteraksi dengan cara yang komplek.

Rajah 2: Contoh rajah Critical Path Method
(CPM)
4.1 Kelebihan
CPM
● Menjimatkan waktu dan kos projek.
● Alat komunikasi yang efektif.
4.2 Kelemahan
CPM
● CPM adalah satu kaedah yang rumit dan
bertambah rumit bagi projek-projek yang lebih besar.
● Tidak mengendalikan penjadualan kakitangan
atau peruntukan sumber.
● Laluan kritikal tidak selalunya jelas dan
perlu dikira dengan teliti.
● Menganggarkan masa penyiapan aktiviti boleh
menjadi sukar.
● Memerlukan kepakaran untuk menggunakan
perisian.
● Langkah kerja yang terlalu banyak.
5.0 Masalah Penggunaan Teknologi Pembinaan
1.
Keupayaan teknologi pembinaan membolehkan
pengurus projek membuat pengurusan organisasi secara lebih berkesan berbanding dengan pengurus projek di masa
lalu. Sungguhpun begitu teknologi pembinaan memberi pengurus projek beberapa
cabaran dimana memerlukan kepakaran yang dipertanggungjawabkan kepada pengurus
projek. Walaupun begitu cabaran dan implikasi teknologi pembinaan kepada
pengurusan projek membantu operasi perjalanan projek berjalan lancar.
2.
Teknologi pembinaan tidak akan memberi
faedah jika tidak diuruskan dengan baik,
betul, tidak digunakan secara berkesan, cekap dan secara umumnya ia menimbulkan
masalah kepada organisasi.
3.
Keberkesanan teknologi pembinaan tidak
wujud jika masih mempunyai rekod masalah berkaitan dengan kekerapan berlaku
kelewatan, sistem yang tidak sesuai, tiada kepakaran dalam organisasi dan juga banyak
terdapat kerja - kerja tertunggak.
4.
Dari sudut pengukuran berkait dengan
faktor ekonomi pula, teknologi pembinaan tidak dianggap sebagai ekonomik
apabila kosnya meningkat secara mendadak jika dibandingkan dengan kos peralatan
konvensional yang lebih rendah. Ia dianggap sebagai ekonomik apabila secara
keseluruhan atau purata kos berpatutan.
5.
Sekiranya penggunaan teknologi pembinaan
tidak di aplikasikan secara betul ianya kan memberi impak kepada pembiayaan
kewangan yang tidak mencukupi di mana minimum perbelanjaan akan menjadi sia-sia. Ini kerana projek itu
akan gagal walaupun berjaya dilaksanakan kerana menyebabkan perkara terpaksa
dikorbankan terutama dari sudut kualiti dan lebih parah lagi ianya tidak dapat
digunakan dan memberi beban serta masalah terhadap penggunaannya.
6.0 Cara menyelesaikan masalah
1. Menawarkan kursus kemahiran mengenai
teknologi pembinaan.
2. Menghebahkan kepentingan teknologi
pembinaan kepada umum.
3. Memastikan semua ahli dalam pembinaan
mengetahui cara penggunaan teknologi dalam pembinaan kerana teknologi dalam
pembinaan dapat memudahkan kerja, menjimatkan kos, tenaga kerja dan sumber.
4. Bahagian pengurusan projek perlulah terdiri
daripada ahli pakar dan mahir dalam bidang teknologi pembinaan.
5. Melantik perunding untuk memantau
perjalanan dan penggunaan teknologi dalam pembinaan agar ianya dilakukan dengan
mematuhi spesifikasi.
6. Mengenalpasti beberapa perkara yang memberi
kesan kepada penggunaan teknologi pembinaan sudah pasti dapat mengurangkan
kadar kegagalan dalam pengurusan projek.
7.0 Kesimpulan
Sebarang kerja untuk membina bangunan baru
atau bangunan tambahan mestilah terlebih dahulu mementingkan sistem pengurusan
pembinaan dan menggunakan teknologi pembinaan. Teknologi dalam pembinaan adalah
untuk mengurangkan seberapa mungkin kegagalan dan kecacatan terhadap elemen dan
peralatan bangunan serta pengurusan efektif dan sistematik. Kejayaan organisasi dalam
teknologi pembinaan secara asasnya ialah gabungan di antara sistem pengurusan
di tapak yang dipanjangkan dan penglibatan yang melibatkan pengurusan masa,
kos, tenaga kerja dan sumber.
Secara tidak langsung, segala aspek
keselamatan dan keselesaan akan lebih terjamin bukan sahaja kepada pengguna
malah kepada pemilik dan organisasi. Penggunaan teknologi dalam pembinaan yang
berkesan dapat membantu untuk mengenalpasti masalah-masalah dalam pembinaan.
Pemilihan kaedah dan bahan yang terbaik dapat mengelakkan penyenggaraan susulan
pada komponen dan peralatan yang sama dalam jangka masa yang terdekat. Hanya
melalui penggunaan teknologi dalam pembinaan yang betul dapat memanjangkan
jangka hayat sesuatu pembinaan.
Kesimpulannya, cabaran utama dalam
melaksanakan IBS di Malaysia adalah daripada segi kemahiran dan standardisasi
yang diperlukan. Penambahbaikan perlu dilakukan dengan lebih teliti dan serius
untuk menaikkan penggunaan teknologi pembinaan ini kerana kemampuan dan
kelebihannya boleh mengatasi banyak permasalahan yang berlaku apabila
menggunakan kaedah konvensional seperti yang digunakan sekarang.
No comments:
Post a Comment