Struktur
Pecahan Kerja atau lebih dikenali dengan WBS (Work Breakdown Structure)
merupakan tulang belakang projek. Ia
digunakan sebagai asas untuk memperuntukkan sumber dan tanggungjawab kepada
ahli pasukan projek. WBS merupakan perkakasan utama untuk pengurus projek
mengurus projek dengan berkesan.
Apa itu struktur pecahan kerja?
Kita ambil dunia sebagai
satu analogi. Dunia dibahagikan kepada tujuh benua mengikut geografi dan
budaya; Afrika, Amerika Selatan, Amerika Utara, Antartika, Asia, Eropah, dan
Oceania. Benua-benua ini dipecahkan lagi kepada sub-benua. Sebagai contoh benua
Asia dibahagikan kepada enam sub-benua atau rantau – Asia Tenggara, Asia Barat,
Asia Tengah, dll. Sub-benua pula dipecahkan kepada negara, negara dipecah
kepada negeri, negeri kepada daerah. Daerah pula boleh dipecahkan lagi kepada
kawasan yang lebih kecil. Dengan pemecahan ini, dunia lebih mudah untuk
ditadbir dan dijaga.
Sebagai contoh, projek
membina rumah boleh dipecahkan kepada persediaan tapak, membina asas, membina
struktur kerangka, memasang sistem mekanikal, kemasan dalaman, kemasan luaran
dan pemeriksaan. Setiap satu dari serahan ini boleh seterusnya dipecahkan
kepada komponen yang lebih kecil. Persediaan tapak boleh dipecahkan kepada
susun atur tapak dan kejuruteraan, jalan masuk, membersihkan tapak, rough-in lokasi bangunan, gred dan
longkang dan gred kemasan. Pemecahan ini memudahkan pengurus projek
memperuntukkan sumber untuk pelaksanaan aktiviti dan menganggarkan kos yang
diperlukan untuk perolehan sumber.
Contoh
WBS untuk membina sebuah unit rumah
Selain
WBS terdapat dua kaedah lagi untuk menyediakan penjadualan, anggaran sumber dan
pengukuran prestasi iaitu Rajah Rangkaian (Network Diagram) dan Lengkuk S (S
Curve).
No comments:
Post a Comment